Monday 26 November 2012

Contoh RPH dan refleksi


RANCANGAN PELAJARAN HARIAN

 

Mata Pelajaran: Bahasa Melayu.

Tarikh/ hari: 1.10.2012 Selasa.

Masa: 9.00 pagi - 9.30 pagi ( 30 minit )

Kelas: Prasekolah.

Bilangan Murid: 25 orang.

Tema: Buah-Buahan.

Subtema: saiz buah-buahan.

Objektif Pembelajaran:   Pada akhir pengajaran ini murid dapat:

1.    Menyenaraikan saiz buah-buahan.

2.    Memadankan gambar dengan perkataan

Pengetahuan sedia ada:  Murid telah mengetahui warna buah-buahan.

Alat bantu mengajar: bahan maujud, gambar, kad perkataan.

Nilai:Berdikari,rajin

Kemahiran:Mendengar,bertutur dan menulis

 

 

 

Langkah/ masa
Isi kandungan
Aktiviti  pengajaran
 
pembelajaran
 
 
Strategi/ kaedah/ ABM/ nilai/ KBKK
Aktiviti guru
Aktiviti murid
Set Induksi
5 minit
Memegang buah yang terdapat dalam kotak
1.    Guru meminta murid memegang dan meneka buah yang terdapat dalam kotak.
 
1.    Murid memegang dan meneka buah yang terdapat dalam kotak.
ABM: bahan maujud
Nilai:Hormat
 Kemahiran:Mendengar
Perkembangan
 
 Langkah 1
 
10 minit
Menunjukkan saiz besar dan kecil.
1.    Guru menunjukkan buah yang bersaiz besar dan buah yang bersaiz kecil.
2.    Guru meminta murid meletakkan buah-buahan mengikut sama saiz.
 
1.    Murid memerhati bahan yang ditunjukkan oleh guru.
 
 
 
2.    Murid meletakkan buah-buah mengikut saiz masing-masing.
ABM: bahan maujud
Nilai:Berdikari
 Kemahiran: mengelas
Perkembangan
 
Langkah 2
 
15 minit
 
Mengeja nama buah-buahan
1.    Guru menunjukkan kad perkataan dan mengeja nama buah tersebut.
 
2.    Guru meminta murid mencari gambar buahan yang telah mereka eja tadi.
1.    Murid mengeja kad perkataan dengan bimbingan guru.
 
 
 
 
2.    Murid mencari gambar yang telah mereka eja.
ABM: gambar, kad perkataan
Nilai:Hormat
Kemahiran:Mendengar,mengeja
Perkembangan
 
Langkah 3
 
15 minit
 
Memadankan gambar dengan perkataan
1.    Guru meminta murid memadankan gambar dengan perkataan di papan putih.
 
2.    Guru membantu murid jika terdapat kesalahan
1.    Murid memadankan gambar dengan perkataan di papan putih.
 
 
 
 
 
 
 
 
:
 ABM:gambar
Nilai:berdikari
 Kemahiran:memadan
Penilaian
 
10 minit
Lembaran kerja
1.    Guru mengedarkan lembaran kerja kepada murid.
1.    Murid menjawab lembaran kerja
ABM:Lembaran kerja
Nilai:Berdikari,rajin
 Kemahiran:Menulis
Rumusan
 
5 minit
Guru membuat rumusan.
1.    Guru bersoaljawab dengan murid mengenai saiz buah-buahan.
2.    Guru mempamerkan hasil kerja murid.
 
1.    Murid menyebut semula buah-buahan yang bersaiz besar dan buah yang bersaiz kecil.
Nilai:Hormat
 Kemahiran:Mendengar,Bertutur

 

 

Refleksi:

Pada akhir pembelajaran saya dapati 23 orang daripada 25 orang murid mencapai objektif.2 orang murid yang tidak mencapai objektif akan diberi latihan pengukuhan.Murid-murid.Kaedah dan bahan bantu mengajar yang digunakan telah membantu saya untuk mencapai standard kandungan yang ditetapkan.Murid-murid berminat untuk mengikuti sesi P&P bermula dengan set induksi.Mereka menumpukan perhatian dengan mendengar dan mengikuti arahan yang ditetapkan.Saya juga tidak menghadapi masalah dalam mengawal kelas. Ini menjadikan sesi P&P berjalan dengan lancar untuk mencapai standard dan tempooh masa yang ditetapkan.Rata-rata murid berminat dengan bahan maujud iaitu buah-buahan sebenar yang digunakan.Melalui bahan-bahan maujud ini murid-murid dapat membezakan dan mengelaskan saiz buah-buahan.Seterusnya murid-murid diminta mengeja buah-buahan tersebut dengan bimbingan guru.Gambar-gambar buah-buahan dilekatkan pada papan putih dan murid diminta memadankan perkataan dengan buah-buahan.Kebanyakan murid dapat menguasai kemahiran yang diterapkan ini.Lembaran kerja diedarkan sebagai penilaian kepada murid-murid.Melalui lembaran kerja ini saya dapat menilai keberkesanan pengajaran saya.Pada peringkat ini saya dapati 2 orang murid tidak dapat menjawab lembaran kerja yang diberikan.Murid ini menghadapi masalah pembelajaran iaitu belum megenal huruf.Pada sesi penutup saya telah membuat kesimpulan tentang pelajaran dengan bersoal jawab dengan murid.Hasil kerja murid yang menarik dipamerkan di hadapan kelas sebagai contoh kepada murid lain.Ia juga sebagai satu langkah peneguhan positif kepada murid yang hasil kerjanya dipamerkan.

Kelemahan

            Setelah menilai rakaman video sesi pengajaran saya sendiri,saya dapati suara saya perlahan. Ini menyebabkan keseluruhan murid tidak dapat mendengar suara saya dengan jelas. Saya juga tidak mengaitkan sesuatu peristiwa semasa dalam sesi induksi seperti pengalaman sendiri murid.Saya juga tidak mencadangkan aktiviti susulan kepada murid.Lembaran kerja yang disediakan juga  tidak mengikut aras kebolehan murid

 

Kaedah Pembelajaran

Saya menggunakan pembelajaran masteri iaitu suatu pendekatan pengajaran dan pembelajaran yang memastikan semua murid menguasai hasil pembelajaran yang dihasratkan dalam suatu unit pembelajaran sebelum berpindah ke unit pembelajaran seterusnya. Pendekatan ini memerlukan peruntukan masa yang mencukupi dan proses pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti. Keupayaan dan kebolehan murid adalah berbeza yang boleh  mempengaruhi gaya pembelajaran seseorang murid. Saya i telah mengenal pasti keupayaan murid bagi merancang kaedah serta bahan pengajaran dan pembelajaran bagi mencapai hasil pembelajaran yang ditetapkan. Saya telah mempelbagaikan kaedah pengajaran dan pembelajaran supaya pelajar lebih mudah memahami dan menghayati kandungan pelajaran.Di samping itu  pembelajaran menjadi lebih menarik, bermakna dan menyeronokkan bersesuaian denagan pendekatan yang boleh digunakan. Beliau menggunakan strategi berpusatkan guru dengan memberi penerangan, penjelasan dan huraian .Guru ini bertindak sebagai pemimpin, pengajar dan fasilitator pembelajaran dengan

i)menggunakan kaedah mengajar yang menarik serta menyeronokkan dan yang berpusatkan kepada pelajar

ii)menggunakan pelbagai bahan bantu mengajar yang sesuai

iii)mengambil kira tahap kebolehan dan gaya pembelajaran pelajar untuk memahami dan menghayati sesuatu perkara;

iv)menjalankan penilaian formatif untuk menentukan sama ada mereka sudah menguasai perkara yang telah diajar

Saya juga mempraktikkan strategi berpusatkan murid melalui kaedah soal jawab, megeja,memadan dan latihan.Dengan strategi berpusatkan murid ini lebih berdikari yang mana boleh merangsang diri untuk belajar dan menguasai apa yang diajar. Dengan memberikan  kaedah memadan gambar dengan perkataan murid dapat belajar dan bukan bertanding di antara satu sama lain. Saya juga telah menilai murid sebagai  proses unuk mengesan perkembangan, kebolehan, keupayaan dan pencapaian murid. Penilaian juga adalah sebahagian daripada proses pengajaran dan pembelajaran yang dijalankan secara berterusan.Saya boleh mengesan keberkesanan pengajaran dan pembelajaran dengan memberikan lembaran kerja kepada murid.Ini bertindak sebagai maklum balas kepada guru berkenaan untuk memperbaiki kaedah,strategi dan gaya pembelajaran supaya lebih berkesan.Antara tujuan lain penilaian adalah :

i)mengesan pencapaian murid

ii)mengenal pasti jenis murid

iii)mengesan sama ada hasil pembelajaran telah dikuasai atau belum

iv)mengenal pasti sebab kelemahan murid dalam sesuatu unit pembelajaran

v)menentukan aktiviti pengayaan atau pemulihan

 

 

1 comment: