Tuesday 27 November 2012

Monday 26 November 2012

Rakaman Video Pengajaran


Lembaran Kerja

https://docs.google.com/open?id=0ByjcFex-yPu6dldXVTRYdThNcjg
 

Kajian Tindakan


PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

 

 

 

Sekolah Kebangsaan HICOM

 

 

 

 

 

Tajuk :

Mencegah Tingkahlaku Negatif Malas Buat Kerja

(Kaedah K-Kerja)

 

 

 

1.0     Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu :

 

            Program Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Hicom merupakan satu Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran yang baru dibuka pada awal September 2010 di mana pada mulanya kelas PPKI merupakan sebuah stor dan tempat untuk bermain pingpong oleh murid SK Hicom.  Seawal ketibaan saya di SK Hicom iaitu pada 19.7.2010 kebanyakkan semua guru di situ agak terkejut apabila mendapati seorang guru pendidikan khas yang baru di posting akan mengajar pendidikan khas, padahal kelas pendidikan tidak langsung wujud di situ dan mereka tertanya-tanya pengajaran yang macam mana harus dilaksanakan untuk murid-murid pendidikan khas ini.  Jadi, dengan pengalaman yang saya ada semasa belajar dan praktikal saya telah membuka program ini dengan menyediakan pelbagai bahan dan keperluan kelas sebelum murid masuk untuk tahun 2011.  Pada awal Januari 2011 seorang murid india telah masuk ke PPKI SK Hicom dan sehinggalah Jun 2012 murid PPKI SK HICOM berjumlah 9 orang dengan 2 orang guru.  Kami berdua berusaha keras membangunkan PPKI SK HICOM walaupun Pembantu Pengurusan Murid tiada kerana ditarik ke Pra sekolah SK HICOM akibat daripada pembantu Pra yang berpindah sekolah.

 

            Dalam Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, pelbagai kategori murid akan dapat kita lihat dan mereka mempunyai pelbagai karenah dan masalah tingkahlaku yang perlu kita tangani iaitu seperti Slow Learner atau lambat perkembangan, autisme, down syndrome, ADHD (Attention Defisit Hiperaktif Disorder), Celeberal Palsy (CP) /spastik dan juga murid yang mempunyai masalah multi disabilities atau pelbagai kecacatan. Akademik bukanlah fokus utama kita apabila berhadapan dengan murid-murid seperti ini.  Akan tetapi ini bukan bermakna kita tidak perlu langsung mengajar mereka, cuma penekanan yang lebih hendaklah diberi kepada matapelajaran Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkahlaku dan Kemahiran Amalan Berdikari. Mereka perlu dididik supaya menjadi manusia yang berdisiplin, boleh mengikut peraturan dan boleh berdikari.

 

            Sebagai Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran, saya sepatutnya mengajar dan menjadi tempat rujukan guru-guru apabila mengajar di kelas-kelas murid yang mempunyai masalah tingkahlaku. Saya perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan seterusnya boleh mengatasi segala permasalahan murid dari pelbagai sudut.                  Seramai 9 orang murid saya terdapat seorang murid di kelas PPKI 2 yang mempunyai masalah autisme dan hiperaktif.  Antara tingkahlakunya adalah sering  mencari sebab bergaduh dengan kawan apabila emosinya hari itu tidak baik, menangis apabila tidak boleh buat latihan yang diberi guru dan selalu mahukan ganjaran sebelum buat latihan. Melalui pemerhatian saya dapati murid ini sangat suka kepada makanan seperti donut dan aiskrim, bermain game dan berenang. Inilah menjadi bahan untuk saya membuat kajian tindakan bagi mengatasi masalah tingkahlaku negatif ini.

 

2.0     Isu /Fokus Kajian :

        Murid ini telah berada di program PPKI SK HICOM mulai tahun 2010. Ini bermakna, dia sudah hampir 2 tahun berada di sekolah ini.  Pada mulanya, murid ini sama  sekali tidak mahu masuk ke dalam kelas dan sering menjerit serta menangis sekuat hati apabila diminta untuk mengikuti proses pembelajaran.  Ibu bapanya sangat risau dengan masalah tingkahlaku yang dihadapi oleh murid ini.  Setelah 3 bulan berada di sekolah, akhirnya ibubapa menyerahkan kepada kebijaksanaan sekolah untuk menangani tingkahlaku anaknya itu.

         Dalam menguruskan murid Pendidikan Khas ini, budaya penyayang adalah sangat dititikberatkan. Namun begitu, ketegasan juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan murid supaya boleh mengikut arahan.   Ketegasan dari segi intonasi suara yang keras adakalanya amat diperlukan.  Disamping itu, kami juga berjaya menyakinkan ibu bapanya  supaya tidak berada di sekolah ketika waktu P&P dijalankan. Ibubapa hanya perlu menunggu selama 2 hingga 3 hari sahaja, murid akhirnya boleh masuk ke dalam kelas seperti murid lain. Guru-guru juga meletakkan murid ini di dalam kelas di mana kedudukan meja dan kerusinya dekat dengan guru supaya lebih mendapat perhatian.  Ini memberi peluang kepada guru untuk memujuk dan membina keyakinan murid dan meyakinkannya bahawa proses pembelajaran itu sebenarnya menyeronokkan.

Isu murid yang tidak mahu masuk ke dalam kelas telah kami tangani. Pada tahun 2011,  murid ini sudah boleh berada di dalam kelas walaupun tidak banyak belajar dan membuat kerja atau latihan yang diberikan oleh  guru. Dia lebih suka apabila guru melayan kerenahnya. Pada tahun 2012, dia sudah mula menunjukkan sikap posit untuk dating ke sekolah dan mula rajin untuk datang ke sekolah.  Fokus utama kajian tindakan ini ialah untuk menggalakkan murid ini membuat kerja atau latihan apbila berada di dalam kelas sewaktu proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.

 

       Fokus ini adalah saling berkait diantara satu sama lain dan pada pandangan saya, adalah rugi jika kita tidak mengambil kesempatan yang ada apabila murid ini sudah mahu untuk masuk ke dalam kelas dan tidak lagi mengamuk apabila datang ke sekolah.

       

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.0     Objektif Kajian

 

3.1     Objektif Am

 

Murid dapat membuat kerja dan belajar dengan baik di dalam kelas

 

 

3.2     Objektif Khusus

 

·         Memudahkan pengajaran dan pembelajaran berjalan lancar, kerana akan mengamuk jika jiwanya tidak tenteram dan tidak mendapat perhatian dari guru

·         Membuang  tabiat negatif murid yang malas buat kerja

 

4.0     Kumpulan Sasaran:

 

       Seorang Murid Autisme Kelas PPKI 2 berumur 8 tahun

 

5.0     Tindakan Yang Dicadangkan :

 

1.      Menjalankan pemerhatian dan merekod jumlah kekerapan murid ini melakukan tingkahlaku negatif malas buat kerja dalam sehari.

2.      Berjumpa/ Temubual dengan ibubapa/ penjaga.

3.      Menggunakan kaedah K-Kerja di mana guru akan memberi token di mana token itu berbentuk kad gambar aiskrim. Token ini diberikan kepada murid jika murid ini dapat membuat kerja dengan baik dan bertingkahlaku positif pada setiap kali matapelajaran yang diajar pada hari itu. Murid ini kena mengumpulkan token ini sebanyak 5 keping baru dia dapat menukar token ini dengan makanan kesukaannya atau dengan bermain game. 

4.      Membawa pergi berenang seminggu sekali supaya fokus kepada kerja semasa proses pengajaran dan pembelajaran dapat ditumpukan apabila guru meminta murid membuat kerja dengan baik apabila murid itu ingin pergi berenang setiap Khamis seminggu sekali.

 

 

 

 

6.0     Jadual Perlaksanaan Kajian :

 

Bil
   Aktiviti
  Tarikh
1.
Menulis proposal Kajian Tindakan
25 Jun 2012
2.
Merancang Kajian Tindakan
26 Jun 2012
3.
Soal Selidik
27 Jun 2012
4.
Membuat nota dan catatan
28 Jun 2012
5.
Analisis Data
29 Jun 2012
6.
Menulis Laporan Kajian Tindakan
2 Julai  2012

 

 

7.0     Kos Kajian

 

                               TIADA KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK

                                                      KAJIAN INI.

PROPOSAL KAJIAN TINDAKAN

 

 

 

 

 

 

Tajuk :

Mencegah Tingkahlaku Negatif Suka

Ke Tandas Murid Autisme

(Kaedah Tegah )

 

 

 

1.0     Refleksi Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu :

 

                 Saya mula mengajar program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran mulai tahun 1998 setelah hampir 10 tahun mengajar di aliran perdana sebagai guru Bahasa Inggeris Tahun 6. Dalam Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, pelbagai kategori murid akan dapat kita lihat dan mereka mempunyai pelbagai karenah dan masalah tingkahlaku yang perlu kita tangani.

       

                  Apabila berada di Program Pendidikan Khas, kita bukan sahaja mengajar murid-murid yang Slow Learner atau lambat perkembangan sahaja, tetapi kita juga akan berhadapan dengan murid-murid autisme, down syndrome, ADHD (Attention Defisit Hiperaktif Disorder), Celeberal Palsy (CP) /spastik dan juga murid yang mempunyai masalah multi disabilities atau pelbagai kecacatan. Akademik bukanlah fokus utama kita apabila berhadapan dengan murid-murid low function autisme, terencat akal ringan dan pelbagai kecacatan, tetapi ini bukan bermakna kita tidak perlu langsung mengajar mereka, cuma penekanan hendaklah diberi kepada matapelajaran Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkahlaku dan Kemahiran Amalan Berdikari. Mereka perlu dididik supaya menjadi manusia yang berdisiplin, boleh mengikut peraturan dan boleh berdikari.

           

      Sebagai Penolong Kanan Pendidikan Khas, saya sepatutnya mengajar dan menjadi tempat rujukan guru-guru apabila mengajar di kelas-kelas murid yang mempunyai masalah tingkahlaku. Saya perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan seterusnya boleh mengatasi segala permasalahan murid dari segala sudut. Sebelum saya menerangkan tentang subjek yang akan saya utarakan, ada baiknya saya memberi makna masalah tingkahlaku yang dihadapi oleh murid-murid Pendidikan Khas. Definisi masalah tingkahlaku murid Pendidikan Khas adalah berbeza dengan definisi murid aliran perdana yang mempunyai masalah tingkahlaku. Di aliran perdana, jika murid itu dikatakan mempunyai masalah tingkahlaku, ia sering merujuk kepada masalah seperti ponteng sekolah, merokok dan sebagainya. Dalam Program Pendidikan Khas pula, murid yang mempunyai masalah tingkahlaku adalah mereka yang hiperaktif, membuang air di dalam kelas, melompat-lompat, tiada tumpuan pada pelajaran dan suka merosakkkan barang atau bahan dalam kelas. Murid ini melakukan tabiat tersebut bukan secara sengaja tetapi diluar pemikiran mereka sedangkan murid di aliran perdana sengaja melakukan perbuatan tersebut mungkin untuk menarik perhatian, pergaulan dengan rakan yang nakal dan lain-lain.

              

 

 

 

             Sekolah saya merupakan antara sekolah integrasi yang mempunyai jumlah murid, guru dan Pembantu Pengurusan Murid yang ramai. Terdapat 90 orang murid pelbagai masalah, 24 orang guru termasuk saya, guru J- Qaf dan Guru Tambahan Pendidikan Islam (GTPI). Saya juga dibantu oleh 8 orang PPM Pendidikan Khas yang sentiasa membantu guru dan mengurus murid walaupun  mereka tidak diberi kursus khas bagi menguruskan murid lagi. PPM ini belajar menguruskan murid melalui tunjuk ajar saya dan guru-guru serta pengalaman tugasan harian.

              

              Sekolah saya mempunyai sebuah bangunan kilat 4 bilik (KABIN C) dan dua buah kabin (KABIN A dan KABIN B)yang boleh memuatkan 8 buah kelas. Sekolah saya juga mempunyai sebuah bilik multisensori untuk tujuan terapi murid.  Kelas PIPK 1 hingga 4 menempatkan murid-murid lambat perkembagan atau slow learner, kelas PIPK 5 dan 6  majoritinya murid autisme, PIPK 7 murid celebral palsy (berkerusi roda ), PIPK 8 murid down syndrome. Di kelas PIPK 9 hingga 14 terdri daripada pelbagai masalah murid dari murid terencat akal ringan, ADHD, multi disabilities dan low function autisme. Kelas di bangunan kilat ini atau di beri nama sebagai KABIN C terpaksa dikunci dan dimangga  kerana muridnya hiperaktif dan berpotensi untuk keluar sendiri tanpa disedari. Pihak  sekolah mengambil tindakan pencegahan dan tidak berani mengambil risiko kehilangan murid.

       

Terdapat seorang murid di kelas PIPK 10 yang mempunyai masalah low function autisme dan hiperaktif. Antara tingkahlakunya adalah sering  mencari sebab supaya dia boleh keluar daripada kelas dan pergi ke tandas. Dari pemerhatian dan dapatan melalui intipan , setiap kali ke tandas , dia akan duduk dan bermain air hingga menyebabkan bajunya basah. Justeru itu, dia perlu menukar pakaian berulang kali dan ini membuatkan dia tidak perlu belajar di dalam kelas.

                   

Daripada pemerhatian, saya dapati dia tidak suka melakukan aktiviti menjurus kepada pelajaran walaupun dengan hanya mewarna sahaja. Oleh itu,  dia sentiasa membuat tingkahlaku tidak wajar seperti kencing di dalam seluar, memaksa diri untuk muntah dan apa sahaja asalkan dia tidak perlu untuk mengikuti pelajaran. Dia suka datang ke sekolah setiap hari tetapi membuat alasan untuk  dibawa ke tandas bagi membersihkan diri. Tambahan pula tandas sekolah telah disediakan dua unit pancuran air untuk  tujuan membersihkan diri dan proses Pengajaran & Pembelajaran.

 

 

 

 

 

 

2.0     Isu /Fokus Kajian :

        Murid ini telah berada di program PIPK mulai tahun 2009. Ini bermakna, dia sudah hampir 3 tahun berada di sekolah ini. Pada mulanya, murid ini sama  sekali tidak mahu masuk ke dalam kelas dan sering menjerit serta menangis sekuat hati apabila diminta untuk mengikuti proses pembelajaran.  Ibubapanya sangat risau dengan masalah tingkahlaku yang dihadapi oleh murid ini. Setelah 4 bulan berada di sekolah, akhirnya ibubapa menyerahkan kepada kebijaksanaan sekolah untuk menangani tingkahlaku anaknya itu.

         Dalam menguruskan murid Pendidikan Khas, budaya penyayang adalah sangat dititikberatkan. Namun begitu, ketegasan juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan murid supaya boleh mengikut arahan. Ketegasan dari segi intonasi suara yang keras adakalanya amat diperlukan. Disamping itu, kami juga berjaya menyakinkan ibubapanya  supaya tidak berada di sekolah ketika waktu P&P dijalankan. Ibubapa hanya perlu menunggu selama 2 hingga 3 hari sahaja, murid akhirnya boleh masuk ke dalam kelas seperti murid lain. Guru-guru juga meletakkan murid ini didalam kelas yang agak luas dengan jumlah pelajarnya seramai 4 orang sahaja. Ini memberi peluang kepada guru untuk memujuk dan membina keyakinan murid dan meyakinkannya bahawa proses pembelajaran itu sebenarnya menyeronokkan.

Isu murid yang tidak mahu masuk ke dalam kelas telah kami tangani. Pada tahun 2010,  murid ini sudah boleh berada di dalam kelas walaupun tidak banyak belajar. Dia lebih suka apabila guru melayan kerenahnya. Pada tahun 2011, dia sudah mula menunjukkan sikap negatifnya semula dan semakin hari  mencari alasan untuk tidak masuk ke dalam kelas. Fokus utama kajian tindakan ini ialah untuk membina keyakinan diri murid supaya boleh bersosial dengan murid lain terutama yang berada di dalam kelasnya dan menarik minatnya untuk belajar.

 

       Fokus ini adalah saling berkait diantara satu sama lain dan pada pandangan saya, adalah rugi jika kita tidak mengambil kesempatan yang ada apabila murid ini sudah mahu untuk masuk ke dalam kelas dan tidak lagi memberi alasan untuk keluar dan pergi ke tandas selalu.

       

 

 

 

 

 

 

 

 

 

3.0     Objektif Kajian

 

3.1     Objektif Am

 

Menarik minat murid untuk belajar serta menjadikan murid lebih berdisiplin dan teratur dalam kehidupannya.

 

 

3.2     Objektif Khusus

 

·         Memudahkan guru mengajar dalam kelas tanpa gangguan, kerana setiap kali murid ini hendak ke tandas dia akan menimbulkan masalah.

·         Membuang  tabiat negatif murid yang mencari alasan supaya berada di luar bilik darjah.

·         Mendidik dan memaklumkan murid secara tidak langsung bahawa tandas adalah tempat yang kotor.

·         Mendidik murid supaya perlu pergi ke tandas hanya jika perlu dan bukannya setiap masa.

 

4.0     Kumpulan Sasaran:

 

       Seorang Murid Autisme Kelas PIPK 10 berumur 10 tahun

 

5.0     Tindakan Yang Dicadangkan :

 

1.      Menjalankan pemerhatian dan merekod jumlah kekerapan murid ini ke tandas dalam sehari.

2.      Temubual dengan guru matapelajaran lain yang ada mengajar murid ini.

3.      Berjumpa/ Temubual dengan ibubapa/ penjaga.

4.      Menggunakan kaedah pengajaran menggunakan ICT supaya proses pengajaran  menjadi lebih menarik dan murid tidak keluar ke tandas ketika   sesi P &P berjalan.

5.      Menyibukkan murid dengan aktiviti pembelajaran supaya tumpuannya untuk keluar dari kelas tiada.

6.      Menyusun jadual penggunaan tandas murid. Contohnya, jam 8.00 pagi ke tandas, kemudian, jam 10.00 pagi iaitu pada waktu rehat dan akhir sekali jam 12.30 tengahari (sebelum pulang).

7.      Menyelaras waktu ke tandas bersama guru dan PPM yang lain.

 

6.0     Jadual Perlaksanaan Kajian :

 

Bil
   Aktiviti
  Tarikh
1.
Menulis proposal Kajian Tindakan
5 Mac 2012
2.
Merancang Kajian Tindakan
20 Mac 2012
3.
Soal Selidik
25 Mac 2012
4.
Membuat nota dan catatan
01 April 2012
5.
Analisis Data
15 April 2012
6.
Menulis Laporan Kajian Tindakan
1 Mei  2012

 

 

7.0     Kos Kajian

 

                               TIADA KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK

                                                      KAJIAN INI.