![]() |
Murid-murid tekun mewarna..logo 1 Malaysia |
Tuesday, 27 November 2012
Monday, 26 November 2012
Kajian Tindakan
PROPOSAL KAJIAN
TINDAKAN
Sekolah Kebangsaan
HICOM
Tajuk :
Mencegah Tingkahlaku
Negatif Malas Buat Kerja
(Kaedah K-Kerja)
1.0
Refleksi
Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu :
Program
Pendidikan Khas Integrasi (PPKI) SK Hicom merupakan satu Program Pendidikan
Khas Masalah Pembelajaran yang baru dibuka pada awal September 2010 di mana
pada mulanya kelas PPKI merupakan sebuah stor dan tempat untuk bermain pingpong
oleh murid SK Hicom. Seawal ketibaan
saya di SK Hicom iaitu pada 19.7.2010 kebanyakkan semua guru di situ agak
terkejut apabila mendapati seorang guru pendidikan khas yang baru di posting
akan mengajar pendidikan khas, padahal kelas pendidikan tidak langsung wujud di
situ dan mereka tertanya-tanya pengajaran yang macam mana harus dilaksanakan
untuk murid-murid pendidikan khas ini. Jadi,
dengan pengalaman yang saya ada semasa belajar dan praktikal saya telah membuka
program ini dengan menyediakan pelbagai bahan dan keperluan kelas sebelum murid
masuk untuk tahun 2011. Pada awal
Januari 2011 seorang murid india telah masuk ke PPKI SK Hicom dan sehinggalah Jun
2012 murid PPKI SK HICOM berjumlah 9 orang dengan 2 orang guru. Kami berdua berusaha keras membangunkan PPKI
SK HICOM walaupun Pembantu Pengurusan Murid tiada kerana ditarik ke Pra sekolah
SK HICOM akibat daripada pembantu Pra yang berpindah sekolah.
Dalam
Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, pelbagai kategori murid akan
dapat kita lihat dan mereka mempunyai pelbagai karenah dan masalah tingkahlaku
yang perlu kita tangani iaitu seperti Slow Learner atau lambat
perkembangan, autisme, down syndrome, ADHD (Attention Defisit Hiperaktif
Disorder), Celeberal Palsy (CP) /spastik dan juga murid yang
mempunyai masalah multi disabilities atau pelbagai kecacatan. Akademik
bukanlah fokus utama kita apabila berhadapan dengan murid-murid seperti ini. Akan tetapi ini bukan bermakna kita tidak
perlu langsung mengajar mereka, cuma penekanan yang lebih hendaklah diberi
kepada matapelajaran Pengurusan Diri, Pengurusan Tingkahlaku dan Kemahiran
Amalan Berdikari. Mereka perlu dididik supaya menjadi manusia yang berdisiplin,
boleh mengikut peraturan dan boleh berdikari.
Sebagai
Penyelaras Program Pendidikan Khas Integrasi Masalah Pembelajaran, saya
sepatutnya mengajar dan menjadi tempat rujukan guru-guru apabila mengajar di
kelas-kelas murid yang mempunyai masalah tingkahlaku. Saya perlu mempunyai
keyakinan diri yang tinggi dan seterusnya boleh mengatasi segala permasalahan
murid dari pelbagai sudut. Seramai 9 orang murid saya terdapat
seorang murid di kelas PPKI 2 yang mempunyai masalah autisme dan
hiperaktif. Antara tingkahlakunya adalah
sering mencari sebab bergaduh dengan
kawan apabila emosinya hari itu tidak baik, menangis apabila tidak boleh buat
latihan yang diberi guru dan selalu mahukan ganjaran sebelum buat latihan.
Melalui pemerhatian saya dapati murid ini sangat suka kepada makanan seperti
donut dan aiskrim, bermain game dan berenang. Inilah menjadi bahan untuk saya
membuat kajian tindakan bagi mengatasi masalah tingkahlaku negatif ini.
2.0
Isu
/Fokus Kajian :
Murid ini telah berada di program PPKI
SK HICOM mulai tahun 2010. Ini bermakna, dia sudah hampir 2 tahun berada di
sekolah ini. Pada mulanya, murid ini sama
sekali tidak mahu masuk ke dalam kelas
dan sering menjerit serta menangis sekuat hati apabila diminta untuk mengikuti
proses pembelajaran. Ibu bapanya sangat
risau dengan masalah tingkahlaku yang dihadapi oleh murid ini. Setelah 3 bulan berada di sekolah, akhirnya
ibubapa menyerahkan kepada kebijaksanaan sekolah untuk menangani tingkahlaku
anaknya itu.
Dalam menguruskan murid Pendidikan
Khas ini, budaya penyayang adalah sangat dititikberatkan. Namun begitu,
ketegasan juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan murid supaya
boleh mengikut arahan. Ketegasan dari segi intonasi suara yang keras
adakalanya amat diperlukan. Disamping
itu, kami juga berjaya menyakinkan ibu bapanya supaya tidak berada di sekolah ketika waktu P&P
dijalankan. Ibubapa hanya perlu menunggu selama 2 hingga 3 hari sahaja, murid
akhirnya boleh masuk ke dalam kelas seperti murid lain. Guru-guru juga
meletakkan murid ini di dalam kelas di mana kedudukan meja dan kerusinya dekat
dengan guru supaya lebih mendapat perhatian.
Ini memberi peluang kepada guru untuk memujuk dan membina keyakinan
murid dan meyakinkannya bahawa proses pembelajaran itu sebenarnya
menyeronokkan.
Isu murid yang tidak
mahu masuk ke dalam kelas telah kami tangani. Pada tahun 2011, murid ini sudah boleh berada di dalam kelas
walaupun tidak banyak belajar dan membuat kerja atau latihan yang diberikan
oleh guru. Dia lebih suka apabila guru
melayan kerenahnya. Pada tahun 2012, dia sudah mula menunjukkan sikap posit
untuk dating ke sekolah dan mula rajin untuk datang ke sekolah. Fokus utama kajian tindakan ini ialah untuk menggalakkan
murid ini membuat kerja atau latihan apbila berada di dalam kelas sewaktu
proses pengajaran dan pembelajaran berjalan.
Fokus ini adalah saling berkait diantara
satu sama lain dan pada pandangan saya, adalah rugi jika kita tidak mengambil
kesempatan yang ada apabila murid ini sudah mahu untuk masuk ke dalam kelas dan
tidak lagi mengamuk apabila datang ke sekolah.
3.0
Objektif
Kajian
3.1
Objektif
Am
Murid dapat membuat kerja dan belajar
dengan baik di dalam kelas
3.2
Objektif
Khusus
·
Memudahkan pengajaran dan pembelajaran
berjalan lancar, kerana akan mengamuk jika jiwanya tidak tenteram dan tidak
mendapat perhatian dari guru
·
Membuang tabiat negatif murid yang malas buat kerja
4.0
Kumpulan
Sasaran:
Seorang Murid Autisme Kelas PPKI 2
berumur 8 tahun
5.0
Tindakan
Yang Dicadangkan :
1. Menjalankan
pemerhatian dan merekod jumlah kekerapan murid ini melakukan tingkahlaku
negatif malas buat kerja dalam sehari.
2. Berjumpa/
Temubual dengan ibubapa/ penjaga.
3. Menggunakan
kaedah K-Kerja di mana guru akan memberi token di mana token itu berbentuk kad
gambar aiskrim. Token ini diberikan kepada murid jika murid ini dapat membuat
kerja dengan baik dan bertingkahlaku positif pada setiap kali matapelajaran yang
diajar pada hari itu. Murid ini kena mengumpulkan token ini sebanyak 5 keping
baru dia dapat menukar token ini dengan makanan kesukaannya atau dengan bermain
game.
4. Membawa
pergi berenang seminggu sekali supaya fokus kepada kerja semasa proses
pengajaran dan pembelajaran dapat ditumpukan apabila guru meminta murid membuat
kerja dengan baik apabila murid itu ingin pergi berenang setiap Khamis seminggu
sekali.
6.0
Jadual
Perlaksanaan Kajian :
Bil
|
Aktiviti
|
Tarikh
|
1.
|
Menulis proposal Kajian Tindakan
|
25 Jun 2012
|
2.
|
Merancang Kajian Tindakan
|
26 Jun 2012
|
3.
|
Soal Selidik
|
27 Jun 2012
|
4.
|
Membuat nota dan catatan
|
28 Jun 2012
|
5.
|
Analisis Data
|
29 Jun 2012
|
6.
|
Menulis Laporan Kajian Tindakan
|
2 Julai
2012
|
7.0
Kos
Kajian
TIADA
KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK
KAJIAN INI.
PROPOSAL KAJIAN
TINDAKAN
Tajuk :
Mencegah Tingkahlaku
Negatif Suka
Ke Tandas Murid Autisme
(Kaedah Tegah )
1.0
Refleksi
Pengajaran Dan Pembelajaran Yang Lalu :
Saya
mula mengajar program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran mulai tahun 1998
setelah hampir 10 tahun mengajar di aliran perdana sebagai guru Bahasa Inggeris
Tahun 6. Dalam Program Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran, pelbagai kategori
murid akan dapat kita lihat dan mereka mempunyai pelbagai karenah dan masalah
tingkahlaku yang perlu kita tangani.
Apabila berada di Program Pendidikan Khas,
kita bukan sahaja mengajar murid-murid yang Slow Learner atau lambat
perkembangan sahaja, tetapi kita juga akan berhadapan dengan murid-murid autisme,
down syndrome, ADHD (Attention Defisit Hiperaktif Disorder), Celeberal
Palsy (CP) /spastik dan juga murid yang mempunyai masalah multi disabilities
atau pelbagai kecacatan. Akademik bukanlah fokus utama kita apabila berhadapan
dengan murid-murid low function autisme, terencat akal ringan dan
pelbagai kecacatan, tetapi ini bukan bermakna kita tidak perlu langsung
mengajar mereka, cuma penekanan hendaklah diberi kepada matapelajaran Pengurusan
Diri, Pengurusan Tingkahlaku dan Kemahiran Amalan Berdikari. Mereka perlu
dididik supaya menjadi manusia yang berdisiplin, boleh mengikut peraturan dan
boleh berdikari.
Sebagai
Penolong Kanan Pendidikan Khas, saya sepatutnya mengajar dan menjadi tempat
rujukan guru-guru apabila mengajar di kelas-kelas murid yang mempunyai masalah
tingkahlaku. Saya perlu mempunyai keyakinan diri yang tinggi dan seterusnya
boleh mengatasi segala permasalahan murid dari segala sudut. Sebelum saya
menerangkan tentang subjek yang akan saya utarakan, ada baiknya saya memberi
makna masalah tingkahlaku yang dihadapi oleh murid-murid Pendidikan Khas. Definisi
masalah tingkahlaku murid Pendidikan Khas adalah berbeza dengan definisi murid
aliran perdana yang mempunyai masalah tingkahlaku. Di aliran perdana, jika
murid itu dikatakan mempunyai masalah tingkahlaku, ia sering merujuk kepada
masalah seperti ponteng sekolah, merokok dan sebagainya. Dalam Program
Pendidikan Khas pula, murid yang mempunyai masalah tingkahlaku adalah mereka yang
hiperaktif, membuang air di dalam kelas, melompat-lompat, tiada tumpuan pada
pelajaran dan suka merosakkkan barang atau bahan dalam kelas. Murid ini
melakukan tabiat tersebut bukan secara sengaja tetapi diluar pemikiran mereka
sedangkan murid di aliran perdana sengaja melakukan perbuatan tersebut mungkin
untuk menarik perhatian, pergaulan dengan rakan yang nakal dan lain-lain.
Sekolah saya merupakan antara
sekolah integrasi yang mempunyai jumlah murid, guru dan Pembantu Pengurusan
Murid yang ramai. Terdapat 90 orang murid pelbagai masalah, 24 orang guru
termasuk saya, guru J- Qaf dan Guru Tambahan Pendidikan Islam (GTPI). Saya juga
dibantu oleh 8 orang PPM Pendidikan Khas yang sentiasa membantu guru dan mengurus
murid walaupun mereka tidak diberi
kursus khas bagi menguruskan murid lagi. PPM ini belajar menguruskan murid
melalui tunjuk ajar saya dan guru-guru serta pengalaman tugasan harian.
Sekolah saya mempunyai sebuah bangunan kilat 4
bilik (KABIN C) dan dua buah kabin (KABIN A dan KABIN B)yang boleh memuatkan 8
buah kelas. Sekolah saya juga mempunyai sebuah bilik multisensori untuk tujuan
terapi murid. Kelas PIPK 1 hingga 4
menempatkan murid-murid lambat perkembagan atau slow learner, kelas PIPK
5 dan 6 majoritinya murid autisme, PIPK
7 murid celebral palsy (berkerusi roda ), PIPK 8 murid down syndrome.
Di kelas PIPK 9 hingga 14 terdri daripada pelbagai masalah murid dari murid
terencat akal ringan, ADHD, multi disabilities dan low function
autisme. Kelas di bangunan kilat ini atau di beri nama sebagai KABIN C terpaksa
dikunci dan dimangga kerana muridnya
hiperaktif dan berpotensi untuk keluar sendiri tanpa disedari. Pihak sekolah mengambil tindakan pencegahan dan
tidak berani mengambil risiko kehilangan murid.
Terdapat seorang murid
di kelas PIPK 10 yang mempunyai masalah low function autisme dan
hiperaktif. Antara tingkahlakunya adalah sering mencari sebab supaya dia boleh keluar daripada
kelas dan pergi ke tandas. Dari pemerhatian dan dapatan melalui intipan , setiap
kali ke tandas , dia akan duduk dan bermain air hingga menyebabkan bajunya basah.
Justeru itu, dia perlu menukar pakaian berulang kali dan ini membuatkan dia
tidak perlu belajar di dalam kelas.
Daripada pemerhatian,
saya dapati dia tidak suka melakukan aktiviti menjurus kepada pelajaran
walaupun dengan hanya mewarna sahaja. Oleh itu, dia sentiasa membuat tingkahlaku tidak wajar
seperti kencing di dalam seluar, memaksa diri untuk muntah dan apa sahaja
asalkan dia tidak perlu untuk mengikuti pelajaran. Dia suka datang ke sekolah
setiap hari tetapi membuat alasan untuk dibawa
ke tandas bagi membersihkan diri. Tambahan pula tandas sekolah telah disediakan
dua unit pancuran air untuk tujuan
membersihkan diri dan proses Pengajaran & Pembelajaran.
2.0
Isu
/Fokus Kajian :
Murid ini telah berada di program PIPK
mulai tahun 2009. Ini bermakna, dia sudah hampir 3 tahun berada di sekolah ini.
Pada mulanya, murid ini sama sekali
tidak mahu masuk ke dalam kelas dan sering menjerit serta menangis sekuat hati
apabila diminta untuk mengikuti proses pembelajaran. Ibubapanya sangat risau dengan masalah tingkahlaku
yang dihadapi oleh murid ini. Setelah 4 bulan berada di sekolah, akhirnya
ibubapa menyerahkan kepada kebijaksanaan sekolah untuk menangani tingkahlaku
anaknya itu.
Dalam menguruskan murid Pendidikan
Khas, budaya penyayang adalah sangat dititikberatkan. Namun begitu, ketegasan
juga memainkan peranan yang penting untuk memastikan murid supaya boleh
mengikut arahan. Ketegasan dari segi intonasi suara yang keras adakalanya amat diperlukan.
Disamping itu, kami juga berjaya menyakinkan ibubapanya supaya tidak berada di sekolah ketika waktu P&P
dijalankan. Ibubapa hanya perlu menunggu selama 2 hingga 3 hari sahaja, murid
akhirnya boleh masuk ke dalam kelas seperti murid lain. Guru-guru juga
meletakkan murid ini didalam kelas yang agak luas dengan jumlah pelajarnya seramai
4 orang sahaja. Ini memberi peluang kepada guru untuk memujuk dan membina
keyakinan murid dan meyakinkannya bahawa proses pembelajaran itu sebenarnya
menyeronokkan.
Isu murid yang tidak
mahu masuk ke dalam kelas telah kami tangani. Pada tahun 2010, murid ini sudah boleh berada di dalam kelas
walaupun tidak banyak belajar. Dia lebih suka apabila guru melayan kerenahnya. Pada
tahun 2011, dia sudah mula menunjukkan sikap negatifnya semula dan semakin hari
mencari alasan untuk tidak masuk ke dalam
kelas. Fokus utama kajian tindakan ini ialah untuk membina keyakinan diri
murid supaya boleh bersosial dengan murid lain terutama yang berada di dalam
kelasnya dan menarik minatnya untuk belajar.
Fokus ini adalah saling berkait diantara
satu sama lain dan pada pandangan saya, adalah rugi jika kita tidak mengambil
kesempatan yang ada apabila murid ini sudah mahu untuk masuk ke dalam kelas dan
tidak lagi memberi alasan untuk keluar dan pergi ke tandas selalu.
3.0
Objektif
Kajian
3.1
Objektif
Am
Menarik minat murid untuk belajar serta
menjadikan murid lebih berdisiplin dan teratur dalam kehidupannya.
3.2
Objektif
Khusus
·
Memudahkan guru mengajar dalam kelas
tanpa gangguan, kerana setiap kali murid ini hendak ke tandas dia akan
menimbulkan masalah.
·
Membuang tabiat negatif murid yang mencari alasan
supaya berada di luar bilik darjah.
·
Mendidik dan memaklumkan murid secara
tidak langsung bahawa tandas adalah tempat yang kotor.
·
Mendidik murid supaya perlu pergi ke tandas
hanya jika perlu dan bukannya setiap masa.
4.0
Kumpulan
Sasaran:
Seorang Murid Autisme Kelas PIPK 10
berumur 10 tahun
5.0
Tindakan
Yang Dicadangkan :
1. Menjalankan
pemerhatian dan merekod jumlah kekerapan murid ini ke tandas dalam sehari.
2. Temubual
dengan guru matapelajaran lain yang ada mengajar murid ini.
3. Berjumpa/
Temubual dengan ibubapa/ penjaga.
4. Menggunakan
kaedah pengajaran menggunakan ICT supaya proses pengajaran menjadi lebih menarik dan murid tidak keluar
ke tandas ketika sesi P &P
berjalan.
5. Menyibukkan
murid dengan aktiviti pembelajaran supaya tumpuannya untuk keluar dari kelas
tiada.
6. Menyusun
jadual penggunaan tandas murid. Contohnya, jam 8.00 pagi ke tandas, kemudian,
jam 10.00 pagi iaitu pada waktu rehat dan akhir sekali jam 12.30 tengahari
(sebelum pulang).
7. Menyelaras
waktu ke tandas bersama guru dan PPM yang lain.
6.0
Jadual
Perlaksanaan Kajian :
Bil
|
Aktiviti
|
Tarikh
|
1.
|
Menulis proposal Kajian Tindakan
|
5 Mac 2012
|
2.
|
Merancang Kajian Tindakan
|
20 Mac 2012
|
3.
|
Soal Selidik
|
25 Mac 2012
|
4.
|
Membuat nota dan catatan
|
01 April 2012
|
5.
|
Analisis Data
|
15 April 2012
|
6.
|
Menulis Laporan Kajian Tindakan
|
1 Mei 2012
|
7.0
Kos
Kajian
TIADA
KOS YANG DIPERLUKAN UNTUK
KAJIAN INI.
Subscribe to:
Posts (Atom)